Lama rasanya tak update blog ni di sebabkan kekangan masa dan beberapa masalah yang melanda. Sedar atau tidak kita telahpun memasuki Tahun Baru Hijrah. Rasanya masih tidak lewat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di dunia ini.

Tahun berganti tahun..Cepat benar masa itu berlalu tanpa bertanyakan kepada kita adakah kita telah bersedia untuk menghadapi hari yang mendatang? Dalam kita sibuk mengejar dan berseronok dengan nikmat dunia berapa kalikah kita menyapa Iman kita? Sihat kah ia? Cukup makan atau tidak ? Sedarkah kita semakin meningkat umur kita semakin dekat waktu untuk kita kembali kepadanya.Lantas apakah bekalan kita untuk bertemu Allah sekiranya kita tidak ikuti jalan Allah? Kematian itu adalah suatu perkara yang pasti. Bagi orang yang beriman, dunia ini adalah ladang bagi akhirat. Allah berfirman bahawa orang kafir ini kuat dalam tiga perkara iaitu kuat makan, kuat minum dan kuat berhiburan. Bagaimana dengan kita?

Bersempena dengan tahun baru ini suka untuk saya mengajak saudara se-Akidah saya untuk menyelami dan merenung kembali segala amalan yang telah dilakukan sepanjang tahun yang telah kita tinggalkan. Adakah semakin baik ataupun sebaliknya?

Saudaraku,

Ingatlah sesungguhnya ketika mana Allah taala mengusir keluar syaitan dari syurga Nya, syaitan telah berjanji untuk menyesatkan cucu cicit nabi Adam a.s sehinggalah ke hari kiamat. Di dalam Surah Yasin ayat 60, Allah telah memberitahu secara jelas "bukankah Allah sudah perintahkan kepada anak cucu nabi Adam supaya jangan menyembah syaitan?"

Maksud menyembah ini mempunyai skop yang luas, bukannya setakat seperti penyembahan berhala. Manusia dianggap menyembah syaitan apabila manusia menerima pujukan syaitan menentang Allah dari pelbagai segi termasuk tidak melakukan kewajipan, menghina Rasul-rasul dan meminggirkan hukum Allah. Manusia ini menerima “gula-gula” dari syaitan yang berupa kekayaan, pangkat, darjat dunia atau apa saja kenikmatan dunia.Pujukan ini akan membawa manusia untuk melupai akhirat dan mementingkan dunia semata-mata. Sudah pasti apabila kita menerima pujukan syaitan, kita akan melakukan maksiat, kufur dan syirik kepada Allah. Nau'uzubillahi min zalik. Moga kita semua tidak tergolong di dalam kumpulan ini.

Lantaran itu apakah perisai kita supaya kita tidak menjadi mangsa tipu daya syaitan laknatullah itu? Adakah cukup sekadar kita mengetahui dan mengingati bahawa syaitan itu musuh utama kita?Hanya orang yang mengikuti jalan yang lurus, iaitu jalan Allah sahaja yang akan terselamat dari pujukan syaitan. Jalan Allah yang lurus itu disemai dengan taat kepada Allah dan RasulNya, menjadi hamba yang beriman dan memenuhi tuntutan syariat. Jalan Allah adalah Islam. Jangan diikut jalan yang lain (Kristian, Hinduism, Buddhaism, Taoism, Judaism) kerana kamu akan sesat dan tidak dapat ketemu jalan Allah yang lurus. Sesiapa yang ikut jalan selain dari jalan Islam maka akan berpecah dan putus dari jalan Allah..

Sedarkah kita darah yang mengalir dalam badan kita , udara yang di hirup setiap hari, pancaindera yang kita gunakan ini semuanya ihsan dan rahmat ALLAH taala kepada hambaNYA. Patutkah kita menyembah selain daripadaNYA sedangkan Allah telah memberi kita segala-galanya?Tanpa belas Ihsan daripadaNYA pasti kita tidak akan wujud di muka bumi ini.

Oleh yang demikian saudaraku sekalian, berdoalah semoga diri kita sentiasa berada dibawah rahmat dan perhatianNya agar kita tidak lari daripada landasan yang telah disediakan oleh ALLAH dan terselamat daripada azab siksa api neraka.

اللهم ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك . ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وحبلنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب

امين

0 comments:

Post a Comment