Masa berlalu begitu pantas sekali. Sedar tak sedar kita sudahpun berada di akhir tahun 2010 dan awal tahun 1432H. Di tempat pngajian saya kini imtihan nihaei bkal menjelma kan dirinya tidak lama lagi. Semua pelajar kini sedang sibuk membuat persiapan untuk berperang habis-habisan di 'medan perjuangan' nanti.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berjuang buat semua sahabat seperjuangan..junior mahupun senior.. Ingatlah bahawa kejayaan bukanlah satu destinasi tetapi ia merupakan satu perjalanan..Semakin jauh perjalanan kita semakin bagus kita akn jadi..ianya tiada penghujung. Perjuangan itu ibarat tiram di laut, dihiris pepasir tercalarlah ia , sungguhpun terluka tapi dipendam, sungguhpun pedih tapi disimpan, namun akhirnya dibalas mutiara.. Berusahalah selagi terdaya dan bertawakallah untuk hasil yang sempurna..


MENGAPA KEBANYAKAN PENGHUNI NERAKA ADALAH WANITA?

Kita percaya ramai sahabat2 kita yang arif dalam bidang ini dapat memberikan huraiannya. Disini sebagai permulaan, sebelum kita meneliti penjelasannya, mari kita sama-sama melihat dan merenungi hikmah disebalik perintah Allah Ta'ala mewajibkan para wanita menta'aati suaminya.

Walaupun dari segi hukum mutlaqnya tidak perlu menyelidiki segala perintah Allah Ta'ala bagi mengetahui segala asbabnya dan keberhasilannya. Kerana semua perintah Alla Ta'ala mengandungi rahsia kebaikan bagi manusia dunia dan akhirat.

Dan bagi manusia mu'min apabila Allah Ta'ala memerintah maka jawapan mereka adalah, "Kami dengar dan kami patuh" tanpa soal dengan penuh kerelaan.


RAHSIA KETA'TAAN

Demi menghargai kaum wanita/isteri dan demi memberi ruang bagi mereka memahami rahsia dan hakikat perintah Allah Ta'ala yang memerintahkan kepatuhan dan keta'atan kepada suami mereka, maka kita di sini cuba membuka sedikit penjelasan mengenainya.

Allah Ta'ala menyusun manusia dengan susunan yang sangat cantik daripada peringkat rendah kepada peringkat yang lebih tinggi dan lebih tinggi. Bermula dari unit kecil, iaitu sebuah keluarga kemudian masyarakat dan negara mempunyai susunan tertentu yang memerlukan keta'atan dari bawah kepada yang lebih tinggi. Dan sebagai imbal balik limpahan ihsan dan kasih sayang kepada peringkat bawah dan kebawah. Semua ini di susun dan dipelihara sebegitu rupa untuk keamanan, kemajuan dan kemakmuran hidup manusia.

Didalam mana-mana golongan atau kumpulan atau masyarakat secara umumnya lelaki adalah diberi amanah menjadi pemimpin kepada golongan / kaum / masyarakat tersebut.

Didalam sesebuah keluarga suami di beri tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri dan anak2nya.

Firman Allah Ta'ala:
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (An-Nisa: 34)

Daripada Kalam Suci ini sangat nyata suami adalah bertanggungjawab dan mempunyai kuasa keatas isterinya. Dan isteri wajib menta'atati suaminya. Yang demikian bertujuan menimbulkan rasa hormat dan setia kepada suami dan si suami akan mencurahkan kasih sayang kepada isterinya serta memimpinnya kepada Allah Ta'ala. Maka akan lahirlah sebuah keluarga yang penuh kasih sayang, aman damai yang matlamatnya melahirkan insan2 yang bertqwa kepada Allah Ta'ala.



ZAHIRNYA ISTIMEWA, HAKIKATNYA AMANAH DAN COBAAN

Di pandang pada zahirnya, kelihatan seolah2 para suami diberi keistimewaan dan anugerah. Hakikatnya ia adalah Amanah. Kerana setiap Ni'mat dan Rahmat Allah Ta'ala, terdapat didalamnya Amanah serta cobaan dan ujian yang sangat besar. Para suami sedar ia bukan hadiah! Sebaliknya isteri dan anak2nya menjadi pertaruhan didalam hidupnya untuk membawa mereka ta'at kepada Allah Ta'ala.

Dia sangat sedar ujian dan cobaan yang bakal ditempuhnya. Dia juga sangat sedar bahwa dia akan di perhitungkan dengan kepimpinannya ke atas isteri dan anaknya. Dia akan ditanya adakah dia telah menyempurnakan tugasnya memimpin isteri dan anaknya kepada Allah Ta'ala. Adakah dia telah memberi mereka nafkah, pendidikan, tempat tinggal, pakaian dan lain-laian keperluan asasnya.

Kegagalan di sana akan mengheretnya kedalam neraka. Wal 'Iyazhubillah!

Disebabkan ini lah agama meletakkan kepatuhan yang tiada berbelah bahagi daripada isteri kepada suaminya. Serta menjadi kaki dan tangannya bagi membantu suaminya. Kerana suaminya itu menanggung suatu amanah yang sangat besar bukan saja kepada membentuk keluarganya menjadi sebuah keluarga yang bertaqwa kepada Allah Ta'ala bahkan ia melangkau jauh lagi kepada membentuk masyarakat dan negara yang diredhai oleh Allah Ta'ala. Ini kerana pemimpin masyarakat dan negara adalah pada dasarnya lahir sebuah keluarga.


KEJAYAAN ISTERI

Apabila seseorang isteri telah berjaya memikat hati suaminya, menjadi buah hatinya serta memperoleh redha serta kasih suaminya, maka syurga tempatnya dijamin oleh Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi waSallam.

Imam Turmuzi meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiallahu 'Anha, ia berkata ia mendengar Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi wa Sallam bersabda ;

"Sesiapa pun wanita yang meninggal dan suaminya redha kepadanya, maka ia masuk syurga" (Hasan Sahih)

Hadis berkenaan "kebanyakan penghuni wanita adalah neraka" telah diketahui umum. Bahkan di masjid, surau dan musolla sering di beri peringatan hadis2 berhubung dengan ancaman2 terhadap wanita yang telah di wasiatkan oleh Rasululllah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam 14 abad yang lalu.

Apa yang kita cuba ketengahkan di sini sejauh mana kesedaran kaum wanita terhadap pesanan, wasiat dan ancaman2 ini.

Adakah ancaman dan amaran Rasul ini ditujukan kepada wanita2 tidak beriman?
Adakah ancaman ini ditujukan kepada wanita2 yang tidak bersolat, tidak berpuasa dan tidak bersedekah?

Jika diteliti, hampir semua hadis berkenaan adalah di tujukan secara khusus oleh Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam kepada wanita2 Islam. Kerana wanita2 kafir yang mati dalam keadaan kafir, tempat kembalinya adalah neraka kecuali jika dikehendaki Allah sebaliknya. Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Memenuhi janjiNya!

Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam :

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Muslim)


Sabda Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi Wasallam :

"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa
berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)


Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam :

"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Thabarani di dalam al-Awsat)


Petunjuk Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam dalam hadis2 ini dan juga banyak hadis lain sangat jelas mengkaitkan sebab wanita2 di humban kedalam neraka. Iaitu kerana derhaka kepada suami.

Kebanyakan wanita Islam yang menunaikan solat dan tanggungjawab lain didalam agama gagal memerhatikan petunjuk utama Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam ini! Ataupun mereka tahu ancaman2 tersebut secara nayata tetapi suasana kehidupan moden yang penuh dengan cabaran dan mengejar impian kerjaya membuatkan mereka di selubungi kegelapan ! Seringkali mereka tersungkur di hadapan keindahan duniawi serta kemewahannya. Pada beberapa ketika mereka bangkit dari jatuh dan cuba menuju cahaya kebenaran, tetapi nafsu dan Iblis sedia menanti untuk menarik mereka kembali ke jalan kesesatan!

Renung2kanlah saudara sejenisku sekalian..Berdoalah moga2 kita semua tidak tergolong di dalam kumpulan ini..Nau'zubillahi min zalik..Peliharalah dirimu, akhlakmu, maruahmu.. kerana SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH..

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Sejarah Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban. Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
1) Hari pertama Allah menciptakan alam.
2) Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3) Hari pertama Allah menurunkan hujan.Allah menjadikan 'Arasy.
4) Allah menjadikan Luh Mahfuz.
5) Allah menjadikan Malaikat Jibril.
6) Nabi Adam a.s. dicipta.
7) Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
8) Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
9) Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
10) Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
11) Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
12) Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun. 13) Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
14) Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
15) Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
16) Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
17) Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

18) Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.

19) Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
20) Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda. 21) Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Sejarah A'syura bagi Perspektif Syiah

Pada masa zaman sebelum Islam, 'Asyura diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur menyambut 'Asyura. Mereka merayakan hari itu dengan penuh kegembiraan sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negara Iran. Dalam sejarah Arab, hari 'Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari kegembiraan.

Syahidnya Husain Bin Ali

Tanggal 10 Muharram 61 H atau tanggal 10 Oktober 680 merupakan hari pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq sekarang. Pertempuran ini terjadi antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali beranggotakan sekitar 70-an orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah, khalifah Umayyah saat itu. Pada hari itu hampir semua pasukan Husain bin Ali, termasuk Husain-nya sendiri syahid terbunuh, kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain. Kemudian oleh Ibnu Ziyad mereka dibawa menghadap Khalifah di Damaskus, dan kemudian yang selamat dikembalikan ke Madinah.

Peringatan Kesyahidan Saidina Husain di Indonesia

Peringatan kesyahidan Husain di Indonesia Tabot adalah upacara tradisional masyarakat Bengkulu untuk mengenang tentang kisah kepahlawanan dan kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Husain bin Ali.
Asyura dalam Kalendar Gregorian

Asyura dalam Kalender Gregorian Hari Asyura selalu sama pada kalendar Islam, tanggal di dalam kalendar Gregorian bervariasi dari tahun ke tahun kerana perbezaan antara dua kalendar. * 2003: 13 Mac * 2004: 2 Mac * 2005: 19 Februari * 2006: 9 Februari * 2007: 29 Januari * 2008: 19 Januari * 2009: 7 Januari dan 27 Disember * 2010: 16 Disember Senarai tarikh di atas hanya anggaran sahaja.

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

* Melapangkan masa
* belanja anak dan isteri

* Memuliakan fakir miskin
* Menahan marah
* Menunjukkan jalan yang lurus / membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
* Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
* BersedekahMemelihara kehormatan diri
* Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala." * Bercelak
* Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
* Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
* Menjamu orang berbuka puasaPuasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terimakasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang layak untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Karenanya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bunda khadijah, kerana itu ku ingin kau tahu, aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus membenahi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku terkantuk kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang rewel, dan ku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkontrol, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga ingin tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku inginkan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..


Semoga bermanfaat. Akhukum fillah....,

Di musim-musim syita' memang cepat je lapar. Lepas makan nasi teringin pulak nk makan benda lain. Musim ini juga lah musim yang paling ditakuti oleh para akhawat. Kenapakah? Kerana waktu ini lah berat badan cepat naik..Kalau tak makan lapar. Dah makan..ni lh jdnyer..hehe.. Walau apapun..pernah kah kita mngambil berat tentang khasiat makann yg kita makan tu?? Di sini saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan tentang khasiat n hikmah makanan yg kita selalu makan..

Roti (khubz)
- Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)
- Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
- Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
- Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
- Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
- Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
- Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
- Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
- Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
- Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
- Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)
- Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
- Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
- Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa
paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
- Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
- Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
- Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
- Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
- Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi
s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
- Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
- Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)
- Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan
air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)
- Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Buah Ara fig (fin)
- Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
- Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum)
- Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)
- Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
- Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.


Inai (hinna)
- Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
- Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah
madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
- Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
- Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
- Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut-turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.

Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Selamat Beramal :)
Kawan..
Jika kamu belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai dia dalam diam ... kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ... Dengan begitu kau telah memuliakan dia, kerana kamu tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan tidak mahu merosak kesucian serta penjagaan hatinya..

Dengan diammu…
Itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu juga.. Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..

Dengan diammu….
Itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya .. Karena mungkin saja orang yang kau cintai adalah juga orang yang telah Allah SWT pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah ra dan Ali ra ? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ... Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah dalam sebuah pernikahan ....

Kawan…..
Dalam diammu tersimpan sebuah kekuatan ... Kekuatan sebuah harapan ... Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi kenyataan… Hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata dan bukan angan semata... Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?????

Kawan…
Jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata…. Biarkan ia tetap dalam diam ... Jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang lebih tepat untuk mengarungi hidup bersama... Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri biarkan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hati...

Kerana yakinlah…. Allah kan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari.. Bersabarlah dalam diammu… Kerana tulang rusuk takkan tertukar apalagi nyasar…
Lama rasanya tak update blog ni di sebabkan kekangan masa dan beberapa masalah yang melanda. Sedar atau tidak kita telahpun memasuki Tahun Baru Hijrah. Rasanya masih tidak lewat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di dunia ini.

Tahun berganti tahun..Cepat benar masa itu berlalu tanpa bertanyakan kepada kita adakah kita telah bersedia untuk menghadapi hari yang mendatang? Dalam kita sibuk mengejar dan berseronok dengan nikmat dunia berapa kalikah kita menyapa Iman kita? Sihat kah ia? Cukup makan atau tidak ? Sedarkah kita semakin meningkat umur kita semakin dekat waktu untuk kita kembali kepadanya.Lantas apakah bekalan kita untuk bertemu Allah sekiranya kita tidak ikuti jalan Allah? Kematian itu adalah suatu perkara yang pasti. Bagi orang yang beriman, dunia ini adalah ladang bagi akhirat. Allah berfirman bahawa orang kafir ini kuat dalam tiga perkara iaitu kuat makan, kuat minum dan kuat berhiburan. Bagaimana dengan kita?

Bersempena dengan tahun baru ini suka untuk saya mengajak saudara se-Akidah saya untuk menyelami dan merenung kembali segala amalan yang telah dilakukan sepanjang tahun yang telah kita tinggalkan. Adakah semakin baik ataupun sebaliknya?

Saudaraku,

Ingatlah sesungguhnya ketika mana Allah taala mengusir keluar syaitan dari syurga Nya, syaitan telah berjanji untuk menyesatkan cucu cicit nabi Adam a.s sehinggalah ke hari kiamat. Di dalam Surah Yasin ayat 60, Allah telah memberitahu secara jelas "bukankah Allah sudah perintahkan kepada anak cucu nabi Adam supaya jangan menyembah syaitan?"

Maksud menyembah ini mempunyai skop yang luas, bukannya setakat seperti penyembahan berhala. Manusia dianggap menyembah syaitan apabila manusia menerima pujukan syaitan menentang Allah dari pelbagai segi termasuk tidak melakukan kewajipan, menghina Rasul-rasul dan meminggirkan hukum Allah. Manusia ini menerima “gula-gula” dari syaitan yang berupa kekayaan, pangkat, darjat dunia atau apa saja kenikmatan dunia.Pujukan ini akan membawa manusia untuk melupai akhirat dan mementingkan dunia semata-mata. Sudah pasti apabila kita menerima pujukan syaitan, kita akan melakukan maksiat, kufur dan syirik kepada Allah. Nau'uzubillahi min zalik. Moga kita semua tidak tergolong di dalam kumpulan ini.

Lantaran itu apakah perisai kita supaya kita tidak menjadi mangsa tipu daya syaitan laknatullah itu? Adakah cukup sekadar kita mengetahui dan mengingati bahawa syaitan itu musuh utama kita?Hanya orang yang mengikuti jalan yang lurus, iaitu jalan Allah sahaja yang akan terselamat dari pujukan syaitan. Jalan Allah yang lurus itu disemai dengan taat kepada Allah dan RasulNya, menjadi hamba yang beriman dan memenuhi tuntutan syariat. Jalan Allah adalah Islam. Jangan diikut jalan yang lain (Kristian, Hinduism, Buddhaism, Taoism, Judaism) kerana kamu akan sesat dan tidak dapat ketemu jalan Allah yang lurus. Sesiapa yang ikut jalan selain dari jalan Islam maka akan berpecah dan putus dari jalan Allah..

Sedarkah kita darah yang mengalir dalam badan kita , udara yang di hirup setiap hari, pancaindera yang kita gunakan ini semuanya ihsan dan rahmat ALLAH taala kepada hambaNYA. Patutkah kita menyembah selain daripadaNYA sedangkan Allah telah memberi kita segala-galanya?Tanpa belas Ihsan daripadaNYA pasti kita tidak akan wujud di muka bumi ini.

Oleh yang demikian saudaraku sekalian, berdoalah semoga diri kita sentiasa berada dibawah rahmat dan perhatianNya agar kita tidak lari daripada landasan yang telah disediakan oleh ALLAH dan terselamat daripada azab siksa api neraka.

اللهم ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك . ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وحبلنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب

امين