Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Sejarah Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban. Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
1) Hari pertama Allah menciptakan alam.
2) Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3) Hari pertama Allah menurunkan hujan.Allah menjadikan 'Arasy.
4) Allah menjadikan Luh Mahfuz.
5) Allah menjadikan Malaikat Jibril.
6) Nabi Adam a.s. dicipta.
7) Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
8) Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
9) Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
10) Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
11) Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
12) Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun. 13) Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
14) Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
15) Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
16) Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
17) Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

18) Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.

19) Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
20) Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda. 21) Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Sejarah A'syura bagi Perspektif Syiah

Pada masa zaman sebelum Islam, 'Asyura diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur menyambut 'Asyura. Mereka merayakan hari itu dengan penuh kegembiraan sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negara Iran. Dalam sejarah Arab, hari 'Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari kegembiraan.

Syahidnya Husain Bin Ali

Tanggal 10 Muharram 61 H atau tanggal 10 Oktober 680 merupakan hari pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq sekarang. Pertempuran ini terjadi antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali beranggotakan sekitar 70-an orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah, khalifah Umayyah saat itu. Pada hari itu hampir semua pasukan Husain bin Ali, termasuk Husain-nya sendiri syahid terbunuh, kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain. Kemudian oleh Ibnu Ziyad mereka dibawa menghadap Khalifah di Damaskus, dan kemudian yang selamat dikembalikan ke Madinah.

Peringatan Kesyahidan Saidina Husain di Indonesia

Peringatan kesyahidan Husain di Indonesia Tabot adalah upacara tradisional masyarakat Bengkulu untuk mengenang tentang kisah kepahlawanan dan kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Husain bin Ali.
Asyura dalam Kalendar Gregorian

Asyura dalam Kalender Gregorian Hari Asyura selalu sama pada kalendar Islam, tanggal di dalam kalendar Gregorian bervariasi dari tahun ke tahun kerana perbezaan antara dua kalendar. * 2003: 13 Mac * 2004: 2 Mac * 2005: 19 Februari * 2006: 9 Februari * 2007: 29 Januari * 2008: 19 Januari * 2009: 7 Januari dan 27 Disember * 2010: 16 Disember Senarai tarikh di atas hanya anggaran sahaja.

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

* Melapangkan masa
* belanja anak dan isteri

* Memuliakan fakir miskin
* Menahan marah
* Menunjukkan jalan yang lurus / membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
* Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
* BersedekahMemelihara kehormatan diri
* Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala." * Bercelak
* Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
* Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
* Menjamu orang berbuka puasaPuasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

0 comments:

Post a Comment