MENGAPA KEBANYAKAN PENGHUNI NERAKA ADALAH WANITA?
Kita percaya ramai sahabat2 kita yang arif dalam bidang ini dapat memberikan huraiannya. Disini sebagai permulaan, sebelum kita meneliti penjelasannya, mari kita sama-sama melihat dan merenungi hikmah disebalik perintah Allah Ta'ala mewajibkan para wanita menta'aati suaminya.
Walaupun dari segi hukum mutlaqnya tidak perlu menyelidiki segala perintah Allah Ta'ala bagi mengetahui segala asbabnya dan keberhasilannya. Kerana semua perintah Alla Ta'ala mengandungi rahsia kebaikan bagi manusia dunia dan akhirat.
Dan bagi manusia mu'min apabila Allah Ta'ala memerintah maka jawapan mereka adalah, "Kami dengar dan kami patuh" tanpa soal dengan penuh kerelaan.
RAHSIA KETA'TAAN
Demi menghargai kaum wanita/isteri dan demi memberi ruang bagi mereka memahami rahsia dan hakikat perintah Allah Ta'ala yang memerintahkan kepatuhan dan keta'atan kepada suami mereka, maka kita di sini cuba membuka sedikit penjelasan mengenainya.
Allah Ta'ala menyusun manusia dengan susunan yang sangat cantik daripada peringkat rendah kepada peringkat yang lebih tinggi dan lebih tinggi. Bermula dari unit kecil, iaitu sebuah keluarga kemudian masyarakat dan negara mempunyai susunan tertentu yang memerlukan keta'atan dari bawah kepada yang lebih tinggi. Dan sebagai imbal balik limpahan ihsan dan kasih sayang kepada peringkat bawah dan kebawah. Semua ini di susun dan dipelihara sebegitu rupa untuk keamanan, kemajuan dan kemakmuran hidup manusia.
Didalam mana-mana golongan atau kumpulan atau masyarakat secara umumnya lelaki adalah diberi amanah menjadi pemimpin kepada golongan / kaum / masyarakat tersebut.
Didalam sesebuah keluarga suami di beri tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri dan anak2nya.
Firman Allah Ta'ala:
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (An-Nisa: 34)
Daripada Kalam Suci ini sangat nyata suami adalah bertanggungjawab dan mempunyai kuasa keatas isterinya. Dan isteri wajib menta'atati suaminya. Yang demikian bertujuan menimbulkan rasa hormat dan setia kepada suami dan si suami akan mencurahkan kasih sayang kepada isterinya serta memimpinnya kepada Allah Ta'ala. Maka akan lahirlah sebuah keluarga yang penuh kasih sayang, aman damai yang matlamatnya melahirkan insan2 yang bertqwa kepada Allah Ta'ala.
ZAHIRNYA ISTIMEWA, HAKIKATNYA AMANAH DAN COBAAN
Di pandang pada zahirnya, kelihatan seolah2 para suami diberi keistimewaan dan anugerah. Hakikatnya ia adalah Amanah. Kerana setiap Ni'mat dan Rahmat Allah Ta'ala, terdapat didalamnya Amanah serta cobaan dan ujian yang sangat besar. Para suami sedar ia bukan hadiah! Sebaliknya isteri dan anak2nya menjadi pertaruhan didalam hidupnya untuk membawa mereka ta'at kepada Allah Ta'ala.
Dia sangat sedar ujian dan cobaan yang bakal ditempuhnya. Dia juga sangat sedar bahwa dia akan di perhitungkan dengan kepimpinannya ke atas isteri dan anaknya. Dia akan ditanya adakah dia telah menyempurnakan tugasnya memimpin isteri dan anaknya kepada Allah Ta'ala. Adakah dia telah memberi mereka nafkah, pendidikan, tempat tinggal, pakaian dan lain-laian keperluan asasnya.
Kegagalan di sana akan mengheretnya kedalam neraka. Wal 'Iyazhubillah!
Disebabkan ini lah agama meletakkan kepatuhan yang tiada berbelah bahagi daripada isteri kepada suaminya. Serta menjadi kaki dan tangannya bagi membantu suaminya. Kerana suaminya itu menanggung suatu amanah yang sangat besar bukan saja kepada membentuk keluarganya menjadi sebuah keluarga yang bertaqwa kepada Allah Ta'ala bahkan ia melangkau jauh lagi kepada membentuk masyarakat dan negara yang diredhai oleh Allah Ta'ala. Ini kerana pemimpin masyarakat dan negara adalah pada dasarnya lahir sebuah keluarga.
KEJAYAAN ISTERI
Apabila seseorang isteri telah berjaya memikat hati suaminya, menjadi buah hatinya serta memperoleh redha serta kasih suaminya, maka syurga tempatnya dijamin oleh Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi waSallam.
Imam Turmuzi meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiallahu 'Anha, ia berkata ia mendengar Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi wa Sallam bersabda ;
"Sesiapa pun wanita yang meninggal dan suaminya redha kepadanya, maka ia masuk syurga" (Hasan Sahih)
Hadis berkenaan "kebanyakan penghuni wanita adalah neraka" telah diketahui umum. Bahkan di masjid, surau dan musolla sering di beri peringatan hadis2 berhubung dengan ancaman2 terhadap wanita yang telah di wasiatkan oleh Rasululllah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam 14 abad yang lalu.
Apa yang kita cuba ketengahkan di sini sejauh mana kesedaran kaum wanita terhadap pesanan, wasiat dan ancaman2 ini.
Adakah ancaman dan amaran Rasul ini ditujukan kepada wanita2 tidak beriman?
Adakah ancaman ini ditujukan kepada wanita2 yang tidak bersolat, tidak berpuasa dan tidak bersedekah?
Jika diteliti, hampir semua hadis berkenaan adalah di tujukan secara khusus oleh Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam kepada wanita2 Islam. Kerana wanita2 kafir yang mati dalam keadaan kafir, tempat kembalinya adalah neraka kecuali jika dikehendaki Allah sebaliknya. Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Memenuhi janjiNya!
Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam :
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Muslim)
Sabda Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi Wasallam :
"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam :
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Thabarani di dalam al-Awsat)
Petunjuk Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam dalam hadis2 ini dan juga banyak hadis lain sangat jelas mengkaitkan sebab wanita2 di humban kedalam neraka. Iaitu kerana derhaka kepada suami.
Kebanyakan wanita Islam yang menunaikan solat dan tanggungjawab lain didalam agama gagal memerhatikan petunjuk utama Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam ini! Ataupun mereka tahu ancaman2 tersebut secara nayata tetapi suasana kehidupan moden yang penuh dengan cabaran dan mengejar impian kerjaya membuatkan mereka di selubungi kegelapan ! Seringkali mereka tersungkur di hadapan keindahan duniawi serta kemewahannya. Pada beberapa ketika mereka bangkit dari jatuh dan cuba menuju cahaya kebenaran, tetapi nafsu dan Iblis sedia menanti untuk menarik mereka kembali ke jalan kesesatan!
Renung2kanlah saudara sejenisku sekalian..Berdoalah moga2 kita semua tidak tergolong di dalam kumpulan ini..Nau'zubillahi min zalik..Peliharalah dirimu, akhlakmu, maruahmu.. kerana SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH..
Hello world!
2 years ago
0 comments:
Post a Comment