MUSLIMAH YANG DIKASIHI..
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga di celah kaca,
Ikutilah perintah agama, jauhi larangannya,
Al-Quran panduan hidupmu,
Al-Hadith menjadi sumber rujukanmu..

Seindah hiasan di dunia ini adalah WANITA SOLEH.. Betapa beruntungnya jika diri kita tergolong dalam kumpulan ini.. Ketahuilah kaum hawa sekalian..sesungguhnya ALLAH s.w.t amat meninggikan darjat seorang perempuan itu sehinggakan adanya satu surah di dalam al-Quran mengenai perempuan.. Maka peliharalah diri kita agar kita akan sentiasa dihormati dan dipandang tinggi walaupun kita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok. Antara perkara- perkara yang perlu dijaga oleh MUSLIMAH ialah :

1- Bulu Kening : Menurut Bukhari, rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening- Petikan dari Hadis riwayat Abu daud di dalam Fathul Bari

2- Kaki (Tumit Kaki) : "Dan janganlah mereka(perempuan) membantakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" - (An-Nur : 31). Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.

3- Wangian : Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina da tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya yang ber'hidung belang' .

4- Dada : "Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada mereka" (An-Nur:31)

5- Gigi : Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya juga yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.

6- Muka dan leher :Dan tinggallah kamu(perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu. Iaitu bersolek dan sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyyah.

7- Muka dan tangan : Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma!Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)

8- Tangan : Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

9- Mata : "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya". ( An-Nur:31)

10- Mulut(suara) : "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik" . (Al-Ahzab:32)

11- Kemaluan : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " (An-Nur:31). apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. ( Hadis Riwayat Al Bazzar ).

12- Pakaian : Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. ( Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah ).

Semoga kita semua dapat memelihara diri kita sebagai seorang muslimah dan hidup kita sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih-sayangNYA..InsyaAllah...

بسم الله الرحمن الرحيم

" Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai kebaikan dari tuhan mereka serta rahmatNYA, dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNYA"
(Al Baqarah:155-157)


Menerusi ayat ini kita dapat memahami bahawa siapa sahaja yang mengucap dua kalimah syahadah pasti akan diuji dengan kesusahan agar pegangan hati mereka bertambah kukuh dan kuat, kerana kesusahan dan penderitaan itulah yang dapat merangsang segala kekuatan dan daya tenaga mereka yang terpendam dan tersimpan. Ia juga dapat membuka pintu-pintu dan lorong-lorong rahsia di dalam hati yang tidak dapat diketahui oleh seorang mukmin kecuali dia berada di bawah tekanan kesusahan dan penderitaan.

Bala pada asalnya boleh jadi baik dan boleh jadi buruk. Allah pasti menguji orang mukmin untuk mengetahui orang yang mujahid dan sabar sehingga layak menerima balasan, sebagaimana umat terdahulu. Sa'id bin Jubir berkata : "Sesungguhnya dikurniakan kepada ummah ini ketika musibah sesuatu yang tidak dikurniakan kepada mana-mana nabi sebelum ini iaitu ayat istirja' ".

Sebenarnya orang Islam yang berjaya sentiasa bersifat positif dan dihiasi dengan sifat mahmudah dalam kehidupan mereka. Inilah yang membawa kejayaan. Dr. Aidh al-Qarni dalam kitabnya "La Tahzan" berkata "Sekiranya seseorang itu memberikan kepadamu segelas perahan limau masam maka ambillah segenggam gula dan kacau padanya maka natijahnya menjadi manis dan lazat diminum". Allahu Akbar..Sesungguhnya Allah itu maha HEBAT..Maha mengetahui sesuatu..Tiap yang terjadi itu pasti ad hikmahnya dan setiap kesulitan itu pasti ada jalan keluarnya.

Mudah-mudahan kita menjadi umat terbilang dan sanggup menghadapi cabaran hidup. Ingatlah, dunia merupakan medan ujian bagi mengesahkan dan menapis hakikat perhambaan. Jika berjaya nescaya bahagialah. Sebaliknya jika rebah, nescaya rugilah. Sesungguhnya amatlah besar ganjaran ALLAH terhadap orang yang sabar sehingga dikurniakan tiga keistimewaan iaitu selawat, rahmat dan hidayah dari ALLAH. ..

CINTA adalah ibarat hembusan nafas untuk sebuah binaan kehidupan, demi menjana kebahagiaan di dunia, lantas menyumbangkan kerahmatan untuk hari akhirat. Sebaliknya, meninggalkan cinta membawa erti manusia sudah mensia-siakan nikmat pemberian dan anugerah Ilahi kerana cinta adalah sebahagian daripada naluri insani; ingin bercinta dan dicintai. Malah, seseorang insan amat memerlukan belaian cinta. Ini kerana tanpa kehadiran cinta, insan tidak mampu bermaya dan berdaya. Oleh itu, tidak ada manusia yang menolak penganugerahan cinta.

Ibarat kata hukamak, “Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya takwa (yakni takut).” Justeru, alangkah baiknya jika benih-benih cinta itu tumbuh subur mengikut kewajarannya dengan mengutamakan wahyu dan tidak menyampingkannya malahan mendahulukan kewarasan akal tanpa mengikut pemuasan hawa nafsu sebagaimana telah disebutkan oleh Al-Farabi.

Lantaran itu, cinta yang abadi, kekal, sejati dan hakiki adalah cinta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, cintakan Allah dan cinta hanya untuk Allah. Mengapakah perlunya kita cintakan Allah? Cinta hanya untuk Allah dan tidak pula pada yang lain? Tidakkah pula kita pernah bertanya pada diri sendiri, siapa yang memberikan cinta kepada insan, menghidupkan insan dengan bingkisan cinta dan menjadikan insan bermakna dengan cinta?

Jika kita berjaya menemui kebenarannya, barulah kita akan mendapat jawapan kenapa cinta yang hakiki hanya untuk Allah dan tidak untuk yang lain, dan kenapa segala-galanya perlu kita lakukan demi sebuah ‘Cinta Agung’. Ini kerana, Allahlah yang memberikan kita cinta, membahagiakan kita dengan cinta, memberikan ketenangan dengan cinta, mengembalikan keyakinan dengan cinta, bahkan kehidupan ini dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Oleh itu, Dialah yang berhak menerima cinta kita dan kita pula berhak mengembalikan tanda cinta kepada-Nya.

Tidakkah pernah kita bertanya ataupun sudah lupa untuk bertanya, mengapa perlu aku memberikan cinta pada yang lain sedangkan cinta Allah aku kesampingkan? Adakah itu tidak dinamakan pentingkan diri, kejam dan zalim? Kenapa perlu aku tunaikan janji cinta pada yang lain,sedangkan aku tidak tahu sama sekali, adakah ia sebuah cinta yang hakiki ataupun tidak? Mengapa perlu aku bermati-matian untuk sebuah cinta yang lain, sedangkan amanah-Nya, suruhan-Nya, larangan-Nya, permintaan-Nya, kurniaan-Nya dan keredaan-Nya aku abaikan, cuaikan, bahkan seolah-olah DIA tidak pernah wujud dalam diari kehidupan insani.

Sudahkah kita tunai dan laksanakan pertanyaan-pertanyaan ini? Apakah sudah mencapai maksud dan kehendak ‘Cinta Agung’? Jika jawapannya ialah sudah memenuhi cinta Allah, maka teruskanlah mencari cinta yang lain, memberikan cinta dan mengharapkan cinta daripada yang lain. Namun, jangan kita lupa sama sekali bahawa hakikat cinta adalah Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kemuncak cinta adalah keredhaan-Nya. Oleh itu, cinta kita kepada yang lain mestilah berlandaskan kecintaan kepada Allah dan keredhaan-Nya Jika inilah yang kita lakukan dan laksanakan sepenuhnya, maka kecintaan kita tidak akan membinasakan diri dan yang lain, menyimpang daripada kebenaran lantas terjerumus ke lembah kehinaan, kemaksiatan dan kederhakaan.Sekiranya jawapan kita adalah sebaliknya, bagaimana pula kita hendak mencintai yang lain, sedangkan kecintaan kepada Allah Ta’ala belum ditunaikan dan dilaksanakan lagi? Adakah akan terjamin nanti cinta kita kepada yang lain tanpa didahului cinta kepada Allah? Apakah kesudahan cinta kita kelak, tanpa setulus cinta kepada Allah? Memang benarlah apa yang pernah diungkapkan oleh penyair: “Demi Allah, demi Tuhan-ku, dusta aku dalam kata-ku, mengaku dekat bagai terpaku, kepada Allah penguasa-Ku. Segala mudah aku rasakan,taat dan cinta aku ucapkan, isi maknanya aku tinggalkan, mulu t menyebut hati mungkirkan. Di akhir malam yang masih kelam, di waktu tenang seisi alam, aku terbaring di atas tilam bagaikan batu di lumpur dalam. Lain halnya si burung murai, memekik, menangis berderai-derai. Jika mulut dan hati tidak bercerai, masakan kalah oleh burung murai.”

Itulah watak sebenar kita selaku insan, memang mudah mengungkapkan bicara tetapi amat sukar untuk mengotakan kata- kata, bahkan kita dustakan ikrar setia. Mulut hanya tahu menyebu tsedangkan hati mungkirkan. Segala-galanya kita anggap mudah, tetapi ketaatan, kesetiaan dan kecintaan hanya mainan ucapan, sedangkan pengertiannya kita lupakan. Kita mengaku hampir serta deka t ke hadrat Tuhan, malah sebenarnya kita masih jauh dengan-Nya, bahkan amat jauh. Adakah pernah kita merasai cinta Allah sebagaimana cintanya para Nabi-Nabi Allah, para Aulia Allah dan para salafussoleh? Jawapannya tentulah tidak sama kita berbanding mereka, bagaikan langit dengan bumi jika diibaratkan. Namun peribadi itulah yang perlu kita teladani, susuri di setiap perjalanan mereka menuju Ilahi.Abu Bakar Asy-Syibli rahimahulLahu ‘anhu pernah berkata: “Apabila kamu telah merasa manisnya dekat dengan Allah, nescaya kamu akan mengetahui tentang pahitnya putus hubungan.” Maksudnya, apabila insan sudah merasai betapa nikmatnya diri dengan Allah Ta’ala, maka jiwa akan merasakan betapa pahitnya jika berjauhan dari- Nya. Inilah apa yang dirasakan oleh Aulia Allah dan para Arifbillah apabila berjauhan dan merindui Allah.Begitulah juga dengan ungkapan para Aulia Allah: “Sesiapa yang beramal untuk akhiratnya, maka Allah Ta’ala akan mencukupi agama dan dunianya. Sesiapa membina batiniahnya, nescaya Allah Ta’ala akan menyempurnakan lahiriahnya. Dan sesiapa yang memperbaiki hubungan dirinya dengan Allah Ta’ala, maka Allah Ta’ala akan memperbaiki hubungannya dengan sesama manusia.”

Setiap insan didunia ini terutamanya wanita mengimpikan wajah yang cantik. Dengan itu pelbagai kosmetik telah digunakan untuk memastikan diri sentiasa nampak cantik. Namun begitu hakikatnya sedarkah kita bahan-bahan yang kita gunakan itu tidak akan kekal untuk selamanya.Malah ada pula 'side-effect' di kemudian hari. Saya ada terbaca di dalam sebuah buku petua kecantikan yang saya yakin bukan sahaja bermanfaat di dunia mlah juga di akhirat. Oleh itu suka untuk sya berkongsi dengan semua orang. Semoga kita sama-sama akan mendapat manfaat apabila mengamalkannya..

1- Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa.

2- Untuk menghilangkan stress, perbanyakkanlah pergerakan. Perbanyakkan solat kerana ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh lalu berkonsultasilah pada Allah S.W.T dengan zikir dan doa.

3- Untuk pelembab agar awet muda, gunakanlah senyum,an. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci' "Allahuma Kama Hassanta Khalqii Hahassin Khuluqii" ( Ya Allah, sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku) (HR Ahmad)

4- Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah,tidak menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5- Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud a.s selang satu hari. Makanlah makanan halal.perbanyakkan sayuran, buah-buahan dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenali dan di sayangi..

Renung-renungkan dan selamat beramal.. =)