Bila sebut imtihan shj tbe2 rse berdebar je. Itulh slh satu prkara yg plng ditakuti oleh insan yg bergelar pelajar. Namun kte suka atau tidak kita kne hdapi jgak imtihan krn imtihan itulah yg akn mnilai sjauh mne kefahaman kita spnjng kita belajar.

Oleh itu di kesempatan ini sy ingin mngucapkn slamat mngulangkaji plajaran kpd kwn2 yg akn mnghadapi imtihan..Moga kte semua akn najah insyaALLAH..tp kne ingt..niat blajar bkn krn imtihan ttp utk diamalkn dan utk disampaikan kepada orang lain bg mlahirkan generasi yg lebih bertamadun di masa akn dtg insyaALLAH..

Bukan itu sahaja malah dgn kjayaan kita ini lh yg akn mmbawa kegembiraan kpd ibu dan ayah kita. Bila kita kenangkn segala pengorbanan mereka sejak kita dilahirkan memang tidak terbalas hatta dgn wang yg berjuta-juta. Tetapi bila kita hadiahkn kepada kedua orang tua kita sebuah kejayaan, sedikit sbnyak terbalas sudah sgala pngorbanan mereka krn tidak ad yg pling mmbahagiakan mereka melainkn melihat anak -anak mereka berjaya. Mereka merasa bangga kerana telah berjaya mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna.

Apa lagi sahabat sekalian, jangan hancurkan harapan kedua ibu bapa kita yg siang mlm berdoa agar anak-anak mereka menjadi insan yang berguna. Jangan sesekali izinkan air mata ibu bapa kita tumpah kerana kederhakaan kita atau kekecewaan mereka terhadap kita. Hargailah mereka selagi mereka ada di sisi kita..

Kepada family tercinta jga buat kwn2 yg jauh di tnh air jgn lupa doakn saya moga tenang mnghadapi fatrah ini dan akn berjaya. InsyaALLAH .. Allahumma najihna fil imtihan YA ALLAH.. Rabbi yassir wala tua'ssir ..Amiin (",)

Hidup ini tidak akan pernah lari dari masalah. Begitulh yg yg trjadi dlm hidup sy. Kadang2 air mata mnjadi teman di kala berduka. Tapi itulah lumrah kehidupan kadang2 berduka dan kadang- kadang bergembira. Disini sy ingin berkongsi satu artikel yg saya baca dari internet utk renungn bersama..

KATA pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah, susah senang adalah asin kerana itulah rencah kehidupan. Ia menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian.”Maknanya manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka, juga pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”

Disuarakan oleh bijak pandai: “Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji.”

Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, SABAR adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)

Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)

Berkata Junaid al-Baghdada katanya: “Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”

Pada prinsipnya, sabar harus diterap dalam setiap aspek kehidupan sama ada kehidupan rumah tangga, tugas kepemimpinan, hidup selaku petani, nelayan, usahawan, guru, pengarang atau penyiar. Semua memerlukan kesabaran, justeru setiap medan pekerjaan dan perjuangan ada tentangan serta ujiannya.Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya.”

Golongan yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

Kesabaran adalah kekayaan rohani yang besar, ia sebagai pangkal kebahagiaan. Dalam menghadapi kehidupan yang serba getir, semuanya perlu memiliki sifat sabar. Indahnya jika SABAR itu mnjadi teman kita sepanjang hayat..

YA ALLAH..Moga diri ini kuat mnmpuh ujianMU ini..

Bersempena dengan kempen Biah Solehah yg dianjurkan oleh PERMATA (persatuan tmpt sy study ) sukalh di sini utk sy berkongsi dg kwn2 antara hikmah kita solat berjemaah utk peringtn bersama..

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, 'Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran'. (H.R. Bukhari & Muslim)


Dalam hadis yang lain diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya, Rasulullah bersabda, 'Sesungguhnya orang yang paling besar pahalanya ketika menunaikan sembahyang ialah orang paling jauh perjalanannya iaitu langkahnya menuju ke masjid. Seseorang yang menunggu untuk menunaikan sembahyang sehinggalah dia menunaikannya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang yang menunaikan sembahyang (dahulu) kemudian dia terus tidur.' (H.R. Bukhari & Muslim)

Sembahyang secara berjemaah adalah sangat dituntut oleh agama sama ada dengan mengerjakannya di rumah mahupun di masjid. Tetapi melakukan solat secara berjemaah di masjid adalah lebih mulia dan lebih besar fadilatnya dan ini amat digalakkan oleh Rasulullah sendiri seperti dalam hadis yang telah disebutkan di atas.

Dengan menunaikan sembahyang secara berjemaah sebenarnya kita telah memperteguhkan dan menyatukan diri kita dalam satu barisan, melatih diri untuk taat kepada keperluan umum dengan mengikut imam untuk menuju kepada matlamat yang satu serta kepada perkara-perkara yang diredai Allah. Sembahyang secara berjemaah juga dapat membantu kita untuk saling kenal mengenali di antara satu sama lain disamping mengeratkan hubungan tali silaturahim, membiasakan melibatkan diri dalam anggota masyarakat dan tolong menolong dalam melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan.

Masjid dan surau adalah pusat bagi peyatuan dan kekuatan ummah, di sini kita saling nasihat menasihat dengan perkataan yang baik dan lemah lembut, memberikan kritikan yang membina, memperbaiki dan memperbetulkan kesalahan diri serta anggota masyarakat, membenteras penyelewengan dan kemungkaran, memberikan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam melakukan gerak kerja seharian.

Apalagi sahabat- sahabat semua. Tak kan baca je?? Marilah sama-sama kita praktikan..Bagi syabab( lelaki ) rajin2lh ke masjid dan yg akhawat (perempuan) tak pergi masjid kat rumahpn blh berjemaah juga. Moga ibadah yg kita lakukan di terima oleh ALLAH S.W.T..
Rabiulawal bermaksud bulan bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

3. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

4. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

5. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

6. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

7. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

8. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

SUMBER RUJUKAN..

* Mufti Melaka

Duhai Muslimah...

Persis permata bernilai..
Menjadi rebutan pejuang,
Keutuhan yg tersimpan,
Di balik tabir yg tenang,
Keayuan yg terpancar,
Disinar cahaya iman,
Itulah muslimah harapan,
Kau sematkn cinta yg mndalam
Demi keredhaan tuhan..

Muslimah puteri harapan,

Dikaulah harapan,
Membela islam yg mulia,
Menjadi lambang islam yg gemilang,
Jasad hayatnya diserahkan,
Demi sebuah perjuangan,
Keyakinan yang mendalam,
Menjadi dagang perjuangan,
Maruahmu yg leluhur,
Dijaga untuk suami tersayang,
Kau didik generasi mendatang,
Untuk agama tercinta..

Puteri harapan... Srikandi Islam,

Tetaplah dikau dalam perjuangan,
Menjadi sayap kiri di medan,
meneguhkan benteng pertahanan Islam..