Dah lama sgt dah rasanya tak buka blog n publish sesuatu kt cni dek kekangan masa.. Memang btul masa mmg x menunggu kita.. 24 Jam yang Allah bagipun masih tidak cukup untuk menguruskan diri..Astaghfirullah..Perlu muhasabah diri kembali moga tidak terus terleka dengan arus dunia..

                   Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah S.W.T utk terus menimba ilmu di peringkat yang seterusnya dan Alhamdulillah juga kerana dalam masa yang sama dapat peluang menjadi penjawat awam walaupun kontrak.  Tapi biasalah manusia tidak akan pernah dapat lari dari ujian hidup.. Bila dah memegang dua status iaitu mahasiswi dan pekerja time management kena betul..Itu lah yang sedang dipelajari sekarang tapi masih belum dapat nak "catch up" lg. Fokus kerja pelajaran ketinggalan..Fokus pelajaran...Rasanya tak de kot. Lebih fokus kepada bidang pekerjaan lagi setakat ini kerana masih baru dan banyak lagi yang perlu dipelajari lebih - lebih lagi berhadapan dengan bermacam-macam kerenah manusia..

Allahu Allah...

                  Bercakap tentang kerenah manusia ni, selama 5 bulan saya bekerja di sini, macam-macam ragam yang saya jumpa dan macam-macam benda yang dpat saya pelajari. Antaranya, walau setinggi manapun ilmu yang kita ada, jika tidak diamalkan akan memakan diri kita sendiri dan makin tinggi ilmu agama yang kita ada , makin kuat ujian yang datang. Kadang-kadang, kita marah n kutuk-kutuk orang tapi tak sedar apa yang kita marah dan kita kutuk tu kita pun buat juga malah lebih teruk lagi dan macam-macam lagi lah. Paling menyedihkan bi'ah yang diharap-harapkan itu tidak ada di sini walau berada di kalangan orang-orang yang bnyak ilmu agamanya. tak tahu mana silapnya.. Bukan mudah untuk menjadi pemimpin lebih-lebih lagi dalam usia yang muda dan 'wanita'. Ini lagi satu isu.. Salahkah wanita itu ke hadapan pada zaman sekarang.. Masih terus memikirkan jawapan yang sangat sesuai dengan waqi' kini.

                  Walaubagaimanapun.. kehidupan perlu diteruskan sebab kita tak bolah lari dari ujian. Apa yang mampu berdoa dan terus berdoa moga Allah mempermudahkan segala urusan ku dan sahabat-sahabat yang lain dalam terus menegakkan Syiar Islam ini..InsyaAllah..

                 Rasanya cukup dulu buat permulaan..Ada macam-macam cerita ingin di kongsikan tapi biarlah masa yang menentukan.. Akhir kalam..Semoga hidup kita semua akan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Ingat..Apapun, utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia...

Wallahu A'lam..


MUSLIMAH YANG DIKASIHI..
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga di celah kaca,
Ikutilah perintah agama, jauhi larangannya,
Al-Quran panduan hidupmu,
Al-Hadith menjadi sumber rujukanmu..

Seindah hiasan di dunia ini adalah WANITA SOLEH.. Betapa beruntungnya jika diri kita tergolong dalam kumpulan ini.. Ketahuilah kaum hawa sekalian..sesungguhnya ALLAH s.w.t amat meninggikan darjat seorang perempuan itu sehinggakan adanya satu surah di dalam al-Quran mengenai perempuan.. Maka peliharalah diri kita agar kita akan sentiasa dihormati dan dipandang tinggi walaupun kita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok. Antara perkara- perkara yang perlu dijaga oleh MUSLIMAH ialah :

1- Bulu Kening : Menurut Bukhari, rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening- Petikan dari Hadis riwayat Abu daud di dalam Fathul Bari

2- Kaki (Tumit Kaki) : "Dan janganlah mereka(perempuan) membantakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" - (An-Nur : 31). Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.

3- Wangian : Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina da tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya yang ber'hidung belang' .

4- Dada : "Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada mereka" (An-Nur:31)

5- Gigi : Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya juga yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.

6- Muka dan leher :Dan tinggallah kamu(perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu. Iaitu bersolek dan sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyyah.

7- Muka dan tangan : Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma!Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)

8- Tangan : Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

9- Mata : "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya". ( An-Nur:31)

10- Mulut(suara) : "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik" . (Al-Ahzab:32)

11- Kemaluan : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " (An-Nur:31). apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. ( Hadis Riwayat Al Bazzar ).

12- Pakaian : Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. ( Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah ).

Semoga kita semua dapat memelihara diri kita sebagai seorang muslimah dan hidup kita sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih-sayangNYA..InsyaAllah...

بسم الله الرحمن الرحيم

" Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai kebaikan dari tuhan mereka serta rahmatNYA, dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNYA"
(Al Baqarah:155-157)


Menerusi ayat ini kita dapat memahami bahawa siapa sahaja yang mengucap dua kalimah syahadah pasti akan diuji dengan kesusahan agar pegangan hati mereka bertambah kukuh dan kuat, kerana kesusahan dan penderitaan itulah yang dapat merangsang segala kekuatan dan daya tenaga mereka yang terpendam dan tersimpan. Ia juga dapat membuka pintu-pintu dan lorong-lorong rahsia di dalam hati yang tidak dapat diketahui oleh seorang mukmin kecuali dia berada di bawah tekanan kesusahan dan penderitaan.

Bala pada asalnya boleh jadi baik dan boleh jadi buruk. Allah pasti menguji orang mukmin untuk mengetahui orang yang mujahid dan sabar sehingga layak menerima balasan, sebagaimana umat terdahulu. Sa'id bin Jubir berkata : "Sesungguhnya dikurniakan kepada ummah ini ketika musibah sesuatu yang tidak dikurniakan kepada mana-mana nabi sebelum ini iaitu ayat istirja' ".

Sebenarnya orang Islam yang berjaya sentiasa bersifat positif dan dihiasi dengan sifat mahmudah dalam kehidupan mereka. Inilah yang membawa kejayaan. Dr. Aidh al-Qarni dalam kitabnya "La Tahzan" berkata "Sekiranya seseorang itu memberikan kepadamu segelas perahan limau masam maka ambillah segenggam gula dan kacau padanya maka natijahnya menjadi manis dan lazat diminum". Allahu Akbar..Sesungguhnya Allah itu maha HEBAT..Maha mengetahui sesuatu..Tiap yang terjadi itu pasti ad hikmahnya dan setiap kesulitan itu pasti ada jalan keluarnya.

Mudah-mudahan kita menjadi umat terbilang dan sanggup menghadapi cabaran hidup. Ingatlah, dunia merupakan medan ujian bagi mengesahkan dan menapis hakikat perhambaan. Jika berjaya nescaya bahagialah. Sebaliknya jika rebah, nescaya rugilah. Sesungguhnya amatlah besar ganjaran ALLAH terhadap orang yang sabar sehingga dikurniakan tiga keistimewaan iaitu selawat, rahmat dan hidayah dari ALLAH. ..

CINTA adalah ibarat hembusan nafas untuk sebuah binaan kehidupan, demi menjana kebahagiaan di dunia, lantas menyumbangkan kerahmatan untuk hari akhirat. Sebaliknya, meninggalkan cinta membawa erti manusia sudah mensia-siakan nikmat pemberian dan anugerah Ilahi kerana cinta adalah sebahagian daripada naluri insani; ingin bercinta dan dicintai. Malah, seseorang insan amat memerlukan belaian cinta. Ini kerana tanpa kehadiran cinta, insan tidak mampu bermaya dan berdaya. Oleh itu, tidak ada manusia yang menolak penganugerahan cinta.

Ibarat kata hukamak, “Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya takwa (yakni takut).” Justeru, alangkah baiknya jika benih-benih cinta itu tumbuh subur mengikut kewajarannya dengan mengutamakan wahyu dan tidak menyampingkannya malahan mendahulukan kewarasan akal tanpa mengikut pemuasan hawa nafsu sebagaimana telah disebutkan oleh Al-Farabi.

Lantaran itu, cinta yang abadi, kekal, sejati dan hakiki adalah cinta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, cintakan Allah dan cinta hanya untuk Allah. Mengapakah perlunya kita cintakan Allah? Cinta hanya untuk Allah dan tidak pula pada yang lain? Tidakkah pula kita pernah bertanya pada diri sendiri, siapa yang memberikan cinta kepada insan, menghidupkan insan dengan bingkisan cinta dan menjadikan insan bermakna dengan cinta?

Jika kita berjaya menemui kebenarannya, barulah kita akan mendapat jawapan kenapa cinta yang hakiki hanya untuk Allah dan tidak untuk yang lain, dan kenapa segala-galanya perlu kita lakukan demi sebuah ‘Cinta Agung’. Ini kerana, Allahlah yang memberikan kita cinta, membahagiakan kita dengan cinta, memberikan ketenangan dengan cinta, mengembalikan keyakinan dengan cinta, bahkan kehidupan ini dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Oleh itu, Dialah yang berhak menerima cinta kita dan kita pula berhak mengembalikan tanda cinta kepada-Nya.

Tidakkah pernah kita bertanya ataupun sudah lupa untuk bertanya, mengapa perlu aku memberikan cinta pada yang lain sedangkan cinta Allah aku kesampingkan? Adakah itu tidak dinamakan pentingkan diri, kejam dan zalim? Kenapa perlu aku tunaikan janji cinta pada yang lain,sedangkan aku tidak tahu sama sekali, adakah ia sebuah cinta yang hakiki ataupun tidak? Mengapa perlu aku bermati-matian untuk sebuah cinta yang lain, sedangkan amanah-Nya, suruhan-Nya, larangan-Nya, permintaan-Nya, kurniaan-Nya dan keredaan-Nya aku abaikan, cuaikan, bahkan seolah-olah DIA tidak pernah wujud dalam diari kehidupan insani.

Sudahkah kita tunai dan laksanakan pertanyaan-pertanyaan ini? Apakah sudah mencapai maksud dan kehendak ‘Cinta Agung’? Jika jawapannya ialah sudah memenuhi cinta Allah, maka teruskanlah mencari cinta yang lain, memberikan cinta dan mengharapkan cinta daripada yang lain. Namun, jangan kita lupa sama sekali bahawa hakikat cinta adalah Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kemuncak cinta adalah keredhaan-Nya. Oleh itu, cinta kita kepada yang lain mestilah berlandaskan kecintaan kepada Allah dan keredhaan-Nya Jika inilah yang kita lakukan dan laksanakan sepenuhnya, maka kecintaan kita tidak akan membinasakan diri dan yang lain, menyimpang daripada kebenaran lantas terjerumus ke lembah kehinaan, kemaksiatan dan kederhakaan.Sekiranya jawapan kita adalah sebaliknya, bagaimana pula kita hendak mencintai yang lain, sedangkan kecintaan kepada Allah Ta’ala belum ditunaikan dan dilaksanakan lagi? Adakah akan terjamin nanti cinta kita kepada yang lain tanpa didahului cinta kepada Allah? Apakah kesudahan cinta kita kelak, tanpa setulus cinta kepada Allah? Memang benarlah apa yang pernah diungkapkan oleh penyair: “Demi Allah, demi Tuhan-ku, dusta aku dalam kata-ku, mengaku dekat bagai terpaku, kepada Allah penguasa-Ku. Segala mudah aku rasakan,taat dan cinta aku ucapkan, isi maknanya aku tinggalkan, mulu t menyebut hati mungkirkan. Di akhir malam yang masih kelam, di waktu tenang seisi alam, aku terbaring di atas tilam bagaikan batu di lumpur dalam. Lain halnya si burung murai, memekik, menangis berderai-derai. Jika mulut dan hati tidak bercerai, masakan kalah oleh burung murai.”

Itulah watak sebenar kita selaku insan, memang mudah mengungkapkan bicara tetapi amat sukar untuk mengotakan kata- kata, bahkan kita dustakan ikrar setia. Mulut hanya tahu menyebu tsedangkan hati mungkirkan. Segala-galanya kita anggap mudah, tetapi ketaatan, kesetiaan dan kecintaan hanya mainan ucapan, sedangkan pengertiannya kita lupakan. Kita mengaku hampir serta deka t ke hadrat Tuhan, malah sebenarnya kita masih jauh dengan-Nya, bahkan amat jauh. Adakah pernah kita merasai cinta Allah sebagaimana cintanya para Nabi-Nabi Allah, para Aulia Allah dan para salafussoleh? Jawapannya tentulah tidak sama kita berbanding mereka, bagaikan langit dengan bumi jika diibaratkan. Namun peribadi itulah yang perlu kita teladani, susuri di setiap perjalanan mereka menuju Ilahi.Abu Bakar Asy-Syibli rahimahulLahu ‘anhu pernah berkata: “Apabila kamu telah merasa manisnya dekat dengan Allah, nescaya kamu akan mengetahui tentang pahitnya putus hubungan.” Maksudnya, apabila insan sudah merasai betapa nikmatnya diri dengan Allah Ta’ala, maka jiwa akan merasakan betapa pahitnya jika berjauhan dari- Nya. Inilah apa yang dirasakan oleh Aulia Allah dan para Arifbillah apabila berjauhan dan merindui Allah.Begitulah juga dengan ungkapan para Aulia Allah: “Sesiapa yang beramal untuk akhiratnya, maka Allah Ta’ala akan mencukupi agama dan dunianya. Sesiapa membina batiniahnya, nescaya Allah Ta’ala akan menyempurnakan lahiriahnya. Dan sesiapa yang memperbaiki hubungan dirinya dengan Allah Ta’ala, maka Allah Ta’ala akan memperbaiki hubungannya dengan sesama manusia.”

Setiap insan didunia ini terutamanya wanita mengimpikan wajah yang cantik. Dengan itu pelbagai kosmetik telah digunakan untuk memastikan diri sentiasa nampak cantik. Namun begitu hakikatnya sedarkah kita bahan-bahan yang kita gunakan itu tidak akan kekal untuk selamanya.Malah ada pula 'side-effect' di kemudian hari. Saya ada terbaca di dalam sebuah buku petua kecantikan yang saya yakin bukan sahaja bermanfaat di dunia mlah juga di akhirat. Oleh itu suka untuk sya berkongsi dengan semua orang. Semoga kita sama-sama akan mendapat manfaat apabila mengamalkannya..

1- Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa.

2- Untuk menghilangkan stress, perbanyakkanlah pergerakan. Perbanyakkan solat kerana ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh lalu berkonsultasilah pada Allah S.W.T dengan zikir dan doa.

3- Untuk pelembab agar awet muda, gunakanlah senyum,an. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci' "Allahuma Kama Hassanta Khalqii Hahassin Khuluqii" ( Ya Allah, sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku) (HR Ahmad)

4- Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah,tidak menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5- Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud a.s selang satu hari. Makanlah makanan halal.perbanyakkan sayuran, buah-buahan dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenali dan di sayangi..

Renung-renungkan dan selamat beramal.. =)
Masa berlalu begitu pantas sekali. Sedar tak sedar kita sudahpun berada di akhir tahun 2010 dan awal tahun 1432H. Di tempat pngajian saya kini imtihan nihaei bkal menjelma kan dirinya tidak lama lagi. Semua pelajar kini sedang sibuk membuat persiapan untuk berperang habis-habisan di 'medan perjuangan' nanti.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berjuang buat semua sahabat seperjuangan..junior mahupun senior.. Ingatlah bahawa kejayaan bukanlah satu destinasi tetapi ia merupakan satu perjalanan..Semakin jauh perjalanan kita semakin bagus kita akn jadi..ianya tiada penghujung. Perjuangan itu ibarat tiram di laut, dihiris pepasir tercalarlah ia , sungguhpun terluka tapi dipendam, sungguhpun pedih tapi disimpan, namun akhirnya dibalas mutiara.. Berusahalah selagi terdaya dan bertawakallah untuk hasil yang sempurna..


MENGAPA KEBANYAKAN PENGHUNI NERAKA ADALAH WANITA?

Kita percaya ramai sahabat2 kita yang arif dalam bidang ini dapat memberikan huraiannya. Disini sebagai permulaan, sebelum kita meneliti penjelasannya, mari kita sama-sama melihat dan merenungi hikmah disebalik perintah Allah Ta'ala mewajibkan para wanita menta'aati suaminya.

Walaupun dari segi hukum mutlaqnya tidak perlu menyelidiki segala perintah Allah Ta'ala bagi mengetahui segala asbabnya dan keberhasilannya. Kerana semua perintah Alla Ta'ala mengandungi rahsia kebaikan bagi manusia dunia dan akhirat.

Dan bagi manusia mu'min apabila Allah Ta'ala memerintah maka jawapan mereka adalah, "Kami dengar dan kami patuh" tanpa soal dengan penuh kerelaan.


RAHSIA KETA'TAAN

Demi menghargai kaum wanita/isteri dan demi memberi ruang bagi mereka memahami rahsia dan hakikat perintah Allah Ta'ala yang memerintahkan kepatuhan dan keta'atan kepada suami mereka, maka kita di sini cuba membuka sedikit penjelasan mengenainya.

Allah Ta'ala menyusun manusia dengan susunan yang sangat cantik daripada peringkat rendah kepada peringkat yang lebih tinggi dan lebih tinggi. Bermula dari unit kecil, iaitu sebuah keluarga kemudian masyarakat dan negara mempunyai susunan tertentu yang memerlukan keta'atan dari bawah kepada yang lebih tinggi. Dan sebagai imbal balik limpahan ihsan dan kasih sayang kepada peringkat bawah dan kebawah. Semua ini di susun dan dipelihara sebegitu rupa untuk keamanan, kemajuan dan kemakmuran hidup manusia.

Didalam mana-mana golongan atau kumpulan atau masyarakat secara umumnya lelaki adalah diberi amanah menjadi pemimpin kepada golongan / kaum / masyarakat tersebut.

Didalam sesebuah keluarga suami di beri tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri dan anak2nya.

Firman Allah Ta'ala:
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (An-Nisa: 34)

Daripada Kalam Suci ini sangat nyata suami adalah bertanggungjawab dan mempunyai kuasa keatas isterinya. Dan isteri wajib menta'atati suaminya. Yang demikian bertujuan menimbulkan rasa hormat dan setia kepada suami dan si suami akan mencurahkan kasih sayang kepada isterinya serta memimpinnya kepada Allah Ta'ala. Maka akan lahirlah sebuah keluarga yang penuh kasih sayang, aman damai yang matlamatnya melahirkan insan2 yang bertqwa kepada Allah Ta'ala.



ZAHIRNYA ISTIMEWA, HAKIKATNYA AMANAH DAN COBAAN

Di pandang pada zahirnya, kelihatan seolah2 para suami diberi keistimewaan dan anugerah. Hakikatnya ia adalah Amanah. Kerana setiap Ni'mat dan Rahmat Allah Ta'ala, terdapat didalamnya Amanah serta cobaan dan ujian yang sangat besar. Para suami sedar ia bukan hadiah! Sebaliknya isteri dan anak2nya menjadi pertaruhan didalam hidupnya untuk membawa mereka ta'at kepada Allah Ta'ala.

Dia sangat sedar ujian dan cobaan yang bakal ditempuhnya. Dia juga sangat sedar bahwa dia akan di perhitungkan dengan kepimpinannya ke atas isteri dan anaknya. Dia akan ditanya adakah dia telah menyempurnakan tugasnya memimpin isteri dan anaknya kepada Allah Ta'ala. Adakah dia telah memberi mereka nafkah, pendidikan, tempat tinggal, pakaian dan lain-laian keperluan asasnya.

Kegagalan di sana akan mengheretnya kedalam neraka. Wal 'Iyazhubillah!

Disebabkan ini lah agama meletakkan kepatuhan yang tiada berbelah bahagi daripada isteri kepada suaminya. Serta menjadi kaki dan tangannya bagi membantu suaminya. Kerana suaminya itu menanggung suatu amanah yang sangat besar bukan saja kepada membentuk keluarganya menjadi sebuah keluarga yang bertaqwa kepada Allah Ta'ala bahkan ia melangkau jauh lagi kepada membentuk masyarakat dan negara yang diredhai oleh Allah Ta'ala. Ini kerana pemimpin masyarakat dan negara adalah pada dasarnya lahir sebuah keluarga.


KEJAYAAN ISTERI

Apabila seseorang isteri telah berjaya memikat hati suaminya, menjadi buah hatinya serta memperoleh redha serta kasih suaminya, maka syurga tempatnya dijamin oleh Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi waSallam.

Imam Turmuzi meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiallahu 'Anha, ia berkata ia mendengar Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi wa Sallam bersabda ;

"Sesiapa pun wanita yang meninggal dan suaminya redha kepadanya, maka ia masuk syurga" (Hasan Sahih)

Hadis berkenaan "kebanyakan penghuni wanita adalah neraka" telah diketahui umum. Bahkan di masjid, surau dan musolla sering di beri peringatan hadis2 berhubung dengan ancaman2 terhadap wanita yang telah di wasiatkan oleh Rasululllah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam 14 abad yang lalu.

Apa yang kita cuba ketengahkan di sini sejauh mana kesedaran kaum wanita terhadap pesanan, wasiat dan ancaman2 ini.

Adakah ancaman dan amaran Rasul ini ditujukan kepada wanita2 tidak beriman?
Adakah ancaman ini ditujukan kepada wanita2 yang tidak bersolat, tidak berpuasa dan tidak bersedekah?

Jika diteliti, hampir semua hadis berkenaan adalah di tujukan secara khusus oleh Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam kepada wanita2 Islam. Kerana wanita2 kafir yang mati dalam keadaan kafir, tempat kembalinya adalah neraka kecuali jika dikehendaki Allah sebaliknya. Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Memenuhi janjiNya!

Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam :

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Muslim)


Sabda Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi Wasallam :

"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa
berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)


Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam :

"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Thabarani di dalam al-Awsat)


Petunjuk Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam dalam hadis2 ini dan juga banyak hadis lain sangat jelas mengkaitkan sebab wanita2 di humban kedalam neraka. Iaitu kerana derhaka kepada suami.

Kebanyakan wanita Islam yang menunaikan solat dan tanggungjawab lain didalam agama gagal memerhatikan petunjuk utama Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam ini! Ataupun mereka tahu ancaman2 tersebut secara nayata tetapi suasana kehidupan moden yang penuh dengan cabaran dan mengejar impian kerjaya membuatkan mereka di selubungi kegelapan ! Seringkali mereka tersungkur di hadapan keindahan duniawi serta kemewahannya. Pada beberapa ketika mereka bangkit dari jatuh dan cuba menuju cahaya kebenaran, tetapi nafsu dan Iblis sedia menanti untuk menarik mereka kembali ke jalan kesesatan!

Renung2kanlah saudara sejenisku sekalian..Berdoalah moga2 kita semua tidak tergolong di dalam kumpulan ini..Nau'zubillahi min zalik..Peliharalah dirimu, akhlakmu, maruahmu.. kerana SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH..